Monday, April 20, 2009

peperangan baru bermula

Assalamualaikum..erm,skrg Ain kat PTAR1..dh penat study,masuk lab jap..so,alang2 ada kesempatan ni,Ain update la blog yg sunyi ni..erm,trial exam akn bermula Jumaat ni(paper Corporate Law),& next paper ari Selasa mggu depan(paper financial reporting)..& 30 April ni baru final tok paper internal(muamalat)..doakan Ain berjaya ye!!
pasal family plak,Alhamdulillah Abg dpt masuk KMJ..11May ni register..tp ayh tak dpt anto sbb ayh dh plan tok gi China..main golf..tu yg ibu marah sgt tu..hehhe=] cian ibu kne anto Abg sorg2..
Ain sbnrnye tengah risau pk kawan Ain yg majuk tu..die blom nak maapkan Ain lagi la..ape silap Ain yg sebenarnye ek??

Sunday, April 12, 2009

Solat kita Vs Solat Jibrail

ASSALAMUALAIKUM
wahai sahabat2 Aien yg dikasihi.terdapat 6 perkara yg Allah sembunyikan.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap).Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt.dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.

Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam..

trial + final EXAM

Assalamualaikum...
erm,Ain kat JB skrg ni.. flight ptg nnt.. so,skrg ade la mase lg tok meng'update' blog ni.. erm,trial lg 2 mggu.. gerun gak,ye la.. ni yg tentukan sem depan dpt grant ke tak.. doa2 dpt la lg.. dpt save duit ayh +-RM1000 per sem.. heheh=] erm,30april ni plak final exam tok economy(muamalat sbnrnye).. mudah2an dpt la score.. final exam paper yg lain 1,2 & 9 june.. insyaAllah amek kat SMK tasek utara 2,JB.. ati cam tak best je kalo amek exam kat tmpt lain (bukan kat JB).. lgpon time tu,bday Ain..Ain nak la smbut bday ngan famili terchintaa.. kalo amek kat UiTM, musti sdey..nnt jiwa tak tenang.. pastu jawab exam pun tak btol..(^0^) huhu,alasan sbnrnye...

sbnrnye,dikesempatan ni,Ain nak mintak ampun pd kwn Ain yg sorng ni.. mungkin Ain ade terkasar bahse ngan die, so die majuk ngan Ain.. smpai skrg die tak angkat call Ain.. takpe la,mungkin bile die dh maapkan, die akn ok ngan Ain balik..harap2 gitu la.. pd kawan Ain tu, Ain mintak ampun ye.. Ain ni mmg kasar aka rude.. so harap 'Dia' phm la Ain ni cmne..okla, nak wat keje lain lg.. beg pon blom kemas..k, jumpe lg next time.. ilal liqa.. Wassalam