Posts

Showing posts from September, 2010

Akhlak keutamaan pilih pasangan hidup

Allah SWT berfirman dalam surah al-Nur ayat 26 yang bermaksud: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik”. Islam mengajar umatnya supaya berhati-hati dalam soal mencari pasangan hidup kerana ia menentukan kebahagiaan kita selepas berkahwin. Apabila seseorang itu sudah memilih pasangannya, maka ia akan menjadi sebahagian hidupnya. Apabila seorang lelaki memilih isteri yang baik, insya-Allah anak akan terdidik dengan baik dan lahirlah ketenangan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Sebaliknya jika memilih isteri yang bermasalah, dibimbangi anak akan bermasalah dan lahirlah keluarga bermasalah. Begitu juga dalam memilih suami, kerana suami adalah ketua rumah tangga. Jika perempuan itu bersetuju berkahwin dengan lelaki yang baik, nescaya ia akan membawa si isteri kepada kebahagiaan. Sebaliknya jika ia