Posts

Showing posts from January, 2009

UMI

Image
Ain nak menyucapkan HAPPY BIRTHDAY kpd UMI yg ke53 pd 12 Januari 2009 (Isnin).Alhamdulillah,Ain dapat telefon UMI.Semoga UMI sentiasa dirahmati,dilindungi & dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Amiin,insyaAllah. Erm,nak cerita juga pasal sem baru ni.Alhamdulillah,semua lecturers yang Ain dapat OK2 belaka.F4-Sir Abu Bakar,F5-Madam Tew You Hoo & F9-Sir Ganessan(PhD). Sem ni penat juga la cuz kelas pack gila. & yang paling penat bila gap for next class lama.Boleh balik tidur rasanya.Apa2 pun,kelas untuk sem ni mmg best gila.Okla,see u next time.Assalamualaikum.

semangat baru

Image
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Lusa Ain akan daftar untuk sem baru di UiTM,Shah Alam. Begitu pantas masa berlalu. InsyaAllah tahun ni Ain akan ambil 3 papers: 1) Malaysian Law 2) Performance Management 3) Financial Management Result untuk sem lepas akan keluar pertengahan bulan Februari 2009. Doakan Ain akan dapat result yang cemerlang ok. Sem baru ni, Ain pun mestilah ada semangat baru. Antara semangat adalah: 1) jangan malas buat nota 2) don't do last minute works 3) kurangkan masa tidur/main/berangan (^_^) 4) pay full attention in classes Semoga Allah memberi Ain kekuatan & kudrat untuk Ain merealisasikan semangat yang sedang membara dalam diri ini. INSYAALLAH. ----->jangan bergaduh hanya kerana seorang perempuan yang tak guna.tak dapat faedah apa2 pun.

hati & iman

Hati dan Iman semut Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, berlaku satu peristiwa antara Baginda dan seekor semut.Apabila Baginda ternampak semut itu melata di atas batu, Baginda berasa sangat hairan bagaimanakah seekor semut kecil boleh hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Lalu Baginda pun bertanya kepadanya: "Wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untukmu?".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH. Aku percaya dan yakin di atas batu yang kering di padang pasir yang tandus ini pon ada rezeki untukku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan sebulan? Dan apakah yang engkau gemar makan?”Maka jawab semut; "Aku hanya makan sekadar sebiji gandum sebulan".Lantas baginda pun mencadangkan; "Kalau engkau hanya makan sebiji gandum sebulan, tidak perlulah engkau melata di atas batu. Aku boleh menolongmu".Kemudian Nabi Allah Sulaiman pun mengambil sebiji beka...

DIA kekasihku selamanya

Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah…KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum n...

malam pengantin

Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian.. Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa… Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka..