hati & iman

Hati dan Iman semut

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, berlaku satu peristiwa antara Baginda dan seekor semut.Apabila Baginda ternampak semut itu melata di atas batu, Baginda berasa sangat hairan bagaimanakah seekor semut kecil boleh hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Lalu Baginda pun bertanya kepadanya: "Wahai semut, apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untukmu?".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH. Aku percaya dan yakin di atas batu yang kering di padang pasir yang tandus ini pon ada rezeki untukku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan sebulan? Dan apakah yang engkau gemar makan?”Maka jawab semut; "Aku hanya makan sekadar sebiji gandum sebulan".Lantas baginda pun mencadangkan; "Kalau engkau hanya makan sebiji gandum sebulan, tidak perlulah engkau melata di atas batu. Aku boleh menolongmu".Kemudian Nabi Allah Sulaiman pun mengambil sebiji bekas lalu diletakkan semut didalamnya beserta sebutir gandum. Kemudian Baginda meninggalkan bekas tersebut selama sebulan.Apabila cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman mendapati gandum itu hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Baginda menemplak semut; "Engkau rupanya berbohong padaku!.Bulan lalu engkau katakan bahawa engkau makan sebiji gandum sebulan. Ini sudah sebulan, tetapi engkau hanya makan setengah!"Jawab semut: "Aku tidak berbohong! Aku tidak berbohong!Sekiranya aku berada di atas batu, aku pasti akan makan apa jua sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum untuk sebulan. Ini kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah, dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi apabila engkau memasukkan aku kedalam bekas, rezeki aku bergantung pada engkau. Aku tidak percaya pada manusia, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya ianya tahan untuk dua bulan. Aku takut engkau lupa…" Itulah Iman Semut!!"

……………………………………………………………………………………………………………………………..
Hati dan Iman manusia


Pada zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur. Kerja mengorek kubur bukanlah kerja yang ganjil. Ini kerana kebiasaannya apabila berlaku kematian, penggali kubur dipanggil untuk keperluan si mati.Namun, apa yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak menggali kubur untuk menanam mayat. Sebaliknya, apabila mayat sudah ditimbus, dan waris si mati sudah lama pulang ke rumah, barulah hamba ALLAH ini datang semula ke kubur tersebut untuk dikorek. Hamba ALLAH ini hendak melihat bagaimana keadaan mayat setelah di dikuburkan dan kemungkinan besar setelah disoal oleh Munkar dan Nakir.Pekerjaan ini dilakukan saban waktu sehinggalah jumlah kubur yang pernah digalinya mencecah 100. Selepas itu hamba ALLAH ini pergi berjumpa Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, mengapakah daripada 100 kubur orang Islam yang kugali, hanya dua sahaja mayat yang masih mengadap kiblat, manakala selebihnya sudah membelakangkan kiblat?"Jawab Imam Suffian," Diakhir zaman ini hanya 2 daripada 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.Manakala 98 lagi tidak".Mungkin kerana itulah manusia di akhir zaman ini sewenang-wenangnya sanggup mengambil rasuah lantaran kurang keyakinan pada rezeki pemberian YANG MAHA PEMURAH.Wallahua’lam…"Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia."

Comments

Popular posts from this blog

DAKAPAN RINDU

Along's Turn

Hadiah yg tak ku sangka2x.