Kemangkatan Sultan Johor

Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Johor Darul Ta'zim, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi atas kemangkatan baginda.

Sebagai rakyat Johor khususnya, saya tetap bersedih atas kemangkatan Almarhum walaupun kami tidak pernah bersua. Walaupun hanya melalui kawasan istana (pandang dari luar sahaja), perasaan kasih sebagai seorang rakyat kepada pemerintah tetap tersemat di dalam hati kecil ini.

Terima kasih saya & keluarga ingin ucapkan kepada Almarhum atas segala macam yang telah Tuanku berikan kepada kami sekeluarga khususnya, rakyat Johor amnya.

Atas kemangkatan ini, saya mendoakan agar Tuanku selamat dan dipermudahkan urusan menuju Pencipta. Akhir kata, rafak takziah dari saya sekeluarga buat kerabat2 Diraja Johor.

Comments

Popular posts from this blog

Hadiah yg tak ku sangka2x.

zina HATI

Jangan Leka Jaga Iman