KETIKA CINTA BERTASBIH

bertuturlah cinta
mengucap satu nama
seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
cinta yang bertasbih
mengutus hati ini
ku sandarkan hidup dan mati ku padaMu

bisikan doaku
dalam butiran tasbih
ku panjatkan cintaku padaMU Maha cinta
sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

ketika cinta bertasbih
nadi ku berdengut merdu
kembang kempis dada ku merangkai butir cinta
garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
sujud syukur padaMU atas segala cinta

tadi tertengok HALAQAH di TV9. Tajuknya menarik-"ISTERI IDAMAN HATI".
so, at least adalah input dan mengajaran utk Ain mem'bentuk' diri sendiri utk menjadi Isteri Idaman Hati buat suami Ain in future, insyaAllah. hahhah:) walaupun nampak mcm jiwang, tp Ain percaya, semua wanita mahu menjadi isteri idaman di hati suami2 mereka. Dan semestinya Ain tak terkecuali.

sebenarnya panel kali ini membahaskan mengenai penceraian (adakah khusus buat 'si dia'?). panel mengatakan sekiranya terdapat perselisihan di antara suami isteri, hendaklah kalian berbincang. sekiranya kalian tidak dpt berbincang secara baik di antara kalian, jgn malu2 utk merujuk pada yg arif. berilah masa (berpisahlah buat sementara) agar kalian dpt memuhasabah diri masing2, dan rujuklah sekiranya kalian dapat mmbaiki hubungan kalian. dan sekiranya perpisahan itu adalah jalan yg terbaik buat kalian, berpisahlah secara baik. jgn sampai hati anak tercalar, terguris dgn tindakan kalian itu.

dan mengapa lirik lagu ini menjadi pilihan Ain pd kali ni? erm, sbb di akhir slot, Halaqah memaparkan VC lagu ni. tiba2 Ain teringat cerita ni, Ketika Cinta Bertasbih Part 1. Part2 belum berkesempatan utk tgk lagi. insyaAllah, time mid term break ni, Ain akan tonton. KCB1 memberi Ain pengajaran dan kesedaran, bahawasanya jodoh itu telah ditetapkan Allah sejak kita diciptakan lagi. Allah menciptakan kita secara berpasang2an. sekiranya jodoh kita tidak di dunia, insyaAllah akan berjumpa juga di akhirat kelak, insyaAllah. mcm mana kita bercinta or suka org sekali pun, sekiranya dia bukan tercipta buat kita, kita tidak akn bernikah dgnnya. kita kena redha dgn qada' dan qadar Pencipta.

ya Allah, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, aku miliknya, tercipta buatnya, satukanlah hatinya dgn hatiku, titipkanlah kebahagiaan diantara kami.
tetapi ya Allah, seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh daripada pandanganku, aku jauh daripada pandangannya. luputkanlah dia dari ingatanku, aku dari ingatannya. peliharalah kami dari kekecewaan.
serta ya Allah ya tuhanku yg Maha mengerti, berilah kami kudrat dan kekuatan MU utk menempuh dugaanMu.

Comments

Popular posts from this blog

DAKAPAN RINDU

Along's Turn

Hadiah yg tak ku sangka2x.