my 2nd umrah (13/3/2010-22/3/2010)

13 Mac hingga 22 Mac 2010, selamat sudah Ain & family (exception for Uda & Boboy) mengerjakan umrah. segalanya berjalan lancar. cuma ada beberapa eksiden yg menggang-gugat kehidupan Ain di sana. overall, OK.

Madinah skrg sedang dibangunkan (ada beberapa hotel sdg didirikan). Madinah tak sesibuk Mekah. Masjid Nabawi pun sdg di'upgrade'. Raudhah still under renovation. Kelainan time Ain buat umrah yg pertama dulu, tiada 'payung' di sekeliling Masjid Nabawi. tp skrg dah ada.

di sekitar Masjid Nabawi

Mekah mula sedang rancak dibangunankan. terlalu byk construction sdg dijalankan. hotel penginapan time Ain buat umrah dulu telah dirobohkan (segalanya hanya tinggal kenangan). bangunan baru yg dicadang utk dibangunankan sgt2 mewah rupanya. tp bangunan di Mekah terlalu rapat diantara mereka (rasa mcm kurang selamat). disbbkan construction yg sdg dijalankan, Mekah dipenuhi dgn debu, habuk batu. disbbkan construction yg kurang diselanggara (safety, HAMPEH), telah berlakunya kemalangan maut (2 org) di depan Bin Dawood Hilton Tower.



selepas selesai melakukan tawaf umrah

erm, kalau umrah dulu Ain berkesempatan utk cium hajar aswad, umrah kali ni Ain diberi peluang utk solat di dalam hijir ismail (antara tmpt mustajab doa). apa doa Ain? biarlah hanya Ain dan Dia yg tahu. umrah kali ni pun Ain berkesempatan utk mendaki (menakluki) jabal rahmah (gunung kasih syg... doa utk jodoh). Ain naik ditemani Ayh, kak long, Farah & Izzati (sibuk btol la adik ni.. kecik2 da gatai..). siapa yg Ain mention kat atas tu? TIADA SIAPA~!! biarlah Allah yg tetapkan. Dia lebih tau siapa yg terbaik buat Ain. nak paksa2 org suka kita plak, nnt akhirnya tak bahgia, buat apa.


di puncak Jabal Rahmah


perkuburan pahlawan yg gugur ketika perang Uhud


conclusion,umrah yg lepas lagi best. hahhaha:) kenapa? sbb persekitaran yg kurang sibuk, org2 yg menemani Ain pd umrah yg dulu sgt2 happening. sedikit sebanyak, kenangan lalu menyapa Ain sepanjang keberadaan Ain di sana. apa2 pun, segalanya ada hikmah disebalik yg terjadi. contohnya, umrah kali ni menemukan Ain dgn seorg hamba Allah yg memerlukan 'bimbingan' Ain utk meneruskan pengajiannya. mungkin itu yg Allah rencanakan. apa sekalipun yg berlaku, aku bersyukur kpd Mu kerana masih sudi utk menerimaku utk menjadi tetamu Mu lg. insyaAllah, aku akan dtg lagi ke Baitullah al-haram Mu ini.

Comments

Popular posts from this blog

DAKAPAN RINDU

Along's Turn

Hadiah yg tak ku sangka2x.