Posts

Showing posts from 2010

Liverpool (day 1)

Alhamdulillah,selamat sampai juga saya di bumi Anfield ini. flight dr Dublin dgn menaiki Ryanair pada jam 18.40 & selamat tiba di Liverpool John Lennon Airport jam 19.30.sebenarnya,Dublin & Liverpool dekat saja.tp disebabkan bumi Ireland adalah sebuah pulau,so kenalah naik kapal terbang atau ferry (naik ferry lama.tp insyaAllah,next time akan menaiki ferry pula) smlm kami (Ain,Fatein & Ad) bershopping sakan. harga barang2 di sini lebih murah dr di Dublin.stress gila bila fikir hidup di Dublin (nak kena pindah UK ni..hahha:P) adalah sikit hadiah telah ku belikan utk sedara mara di Malaysia. ayah:barang2 Liverpool FC boboy:buku gitar farah:boots adik:playdoh sakinah:baju2 sebenarnya,nak belikan ibu perfume,tp tak tau pula ibu suka perfume apa (anak apakah saya ini?).paris hilton,hillary duff,ck & etc?no ideas.takpe la,nnt enah try cari bag Zara yg mummy nak tu ok.tp design yg mcm mana?haisy,nampak sgt la saya ni bukan jenis ladies-like.perfume tak pernah pakai,bag pun tak

Favourite Songs

Image
Pengabdi CintaMu Subhanak Curang

CASIO Baby-G

Alhamdulillah, hari ini selamat sudah membeli Baby baru. Beli pun sbb nak dpt smgt baru utk exam (poyo jek). Dgn harga Euro39.78, Baby pink telah menjadi milikku.sayang Baby baru.Baby lama pun,saya syg juga.2-2 pun saya sayang.heheheh :) Masuk Baby baru ni, spjg saya hidup, ini Baby yg ke 6.semuanya jenama yg sama cuz saya suka jenama ini.4 drpdnya kaler PINK (kwn2 saya semua ckp saya ni nampak je mcm ganas *tomboi*, tp dalaman keperempuanan.cis!)

snowie~

Image
sebenarnya Ain malas nak update blog ni. tapi ada request dari cousin,so Ain update la juga. erm, sebenarnya snow dah turun di Dublin ni, dari kelmarin lagi. tapi smlm ada kelas, so Ain tak berkesempatan nak ‘beramah mesra’ dgn snow2 ni semua. tapi pagi tadi Ain telah menebus segala ‘kesalahan’ Ain sbb tak menyambut ‘tetamu’ Ain yang comel2 ni. hahhaha hari ni,sehari suntuk Ain tak study. Ain hanya bermain bersama ‘kwn2’ baru Ain bersama2 kwn2 Ain yang lain. dari belakang rumah, sampai lorong rumah org lain,kami redah. lorong jalan raya pun kami tolong bersihkan. hari ini kami mmg betul2 membuat ‘amal jariah’lah. so, marilah kita lihat betapa meriahnya majlis ‘housewarming’ yg Ain & housemates Ain sediakan buat ‘tetamu’ kami ini.

Doa ketika mengalami kesulitan:

اللّهُمَّ لاَ سَهْلاً إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل Maksudnya:Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, Engkau menghendakinya.

Give Up?? NEVER~

“Jangan sesekali merasa berputus asa dengan rahmat Allah dan bersangka baiklah selalu kepada Allah kerana setiap kali kita merasa sedih dan susah bererti Allah ingat dan sayang kepada kita kerana Dia mahu kita sentiasa mengadu dan merintih kepadaNya…Jika Allah tidak sayangkan kita sudah tentu kita akan dibiarkan hanyut dan amat malang sekali jika tidak sempat beriman kepadaNya di saat ajal menjemput...”

Jodoh & Takdir

Image
Berkahwinlah anda demi TUHAN dan NabiNya bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan. Tiba masanya ia akan datang menjemput. Namun perlu dibukakan lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Biar hidup sendirian dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar terlewat sebab bersikap memilih daripada tersalah pilih. Aku sedang menanti dia.Seorang lelaki yang akan bergelar suami.Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH.Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.Seorang lelaki yang tegas dan berani.Seorang tidak pernah takut untuk berkata benar.Seorang yang tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri.Seorang yang sentiasa mengajak aku berjuang. *selamat bertunang buat kakakku, Nurfirdaus bt Abdul Rashid pasangannya, serta buat sahabatku, Abdul Halim bin Ahmad pasangannya. semoga hubungan kalian diakhiri dgn sebuat ikatan yg halal. dari kejauhan, ku titipk

Eid Adha

Image
Salam 'alaik.. sudah lama Ain tak mencoret di blog yg Ain syg ini (syg ke? erm....) tiada apa sgt yg ingin Ain cerita. cuma mahu berkongsi perasaan & suasana beraya di perantauan. jauh dari family, org2 tersayang & etc.di Dublin, kami raya sehari awal dari M'sia (16/11/2010). perasaan raya sehari awl ni, tiada apa la sgt. biasa2 je sbb family tersayang kat M'sia belum rayakan, so tak excited sgt pun. pagi raya tu, Ain bersama k.Tasha pergi menyambut Eid Adha di Malaysian Hall. ramai org yg dtg utk menunaikan solat sunat hari raya. disebabkan telah kelambatan, kami terpaksa tunggu di ruang bawah MHall. pada awlnya, kami mahu menunaikan solat sunat pd 2 trip, tapi ada bdk2 RSCI yg punya kelas & takut kelambatan, kami telah menggunakan teknologi sepenuhnya. beberapa junior yg lain call kwn masing2 yg ada di ruang solat di tingkat atas, tak terkecuali Ain utk menelefon Syara(nasib baik call free). kami pasag loud speaker utk memudahkan yg lain menden

2010 Dublin Dinner

Image
Alhamdulillah, program semalam (Dublin Dinner) berjalan dgn lancarnya. Seperti dinner2 yg terdahulu, pakaian Ain tetap sama iaitu baju kurung. Pada awalnya, ada juga yg bertanya, “baju kurung? kena ke dgn tema dinner ni?'”. Alhamdulillah, baju kurung boleh diterima di mana2 majlis sekalipun. Sebenarnya baju yg Ain pakai semalam tu, adalah baju raya Ain utk tahun ini, dibeli oleh ibu tercinta. Mula2, Ain tak suka sgt baju tu sbb ‘ladies like’ sgt, ada manik2 segala~. Tapi baju inilah yg menyelamatkan Ain pd dinner kali ni. tQ again mummy. Semalam, kami agak bengang juga sbb majlis dijangka bermula jam 7.30pm. Tapi majlis hanya bermula selepas ketibaan ‘VIP’ yg kerosakan jam barangkali, jam 8.30pm. Ikut perancangan, Ain mahu balik jam 9pm, akhirnya ditunda ke 10pm (cuz mkn pun kena beratur. turn table kami pula lambat).Disebabkan perut Ain yg cumel ni, Ain tak dpt mkn byk.Start dgn starter, perut Ain dah kesumpekan. Belum habis pun starter, Ain dah rasa nak muntah. Main course A

Berjuanglah~

wahai Nurul Ain Abdul Rashid, bersungguh2lah kamu berjihad di jalan Allah. jgn sia2kan cita2, impian ayh & ibu mu. mereka bersusah utk menghantar mu ke sini. belajarlah bersungguh2. biar kita dibuang kwn, jgn kita dibuang keluarga. hanya keluarga kita yg dpt menerima kekurangan/kelemahan diri kita. tapi,walaupun saya dibuang kawan, saya tetap sayang kawan saya :) wahai hati,damailah dikau di dalam. jgn berkeluh,jgn resah. igtlah,Kekasihmu sentiasa ada. bykkanlah ber'dating' dgnNya.[PEACE] Berjuang tak pernah senang.

Akhlak keutamaan pilih pasangan hidup

Allah SWT berfirman dalam surah al-Nur ayat 26 yang bermaksud: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik”. Islam mengajar umatnya supaya berhati-hati dalam soal mencari pasangan hidup kerana ia menentukan kebahagiaan kita selepas berkahwin. Apabila seseorang itu sudah memilih pasangannya, maka ia akan menjadi sebahagian hidupnya. Apabila seorang lelaki memilih isteri yang baik, insya-Allah anak akan terdidik dengan baik dan lahirlah ketenangan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Sebaliknya jika memilih isteri yang bermasalah, dibimbangi anak akan bermasalah dan lahirlah keluarga bermasalah. Begitu juga dalam memilih suami, kerana suami adalah ketua rumah tangga. Jika perempuan itu bersetuju berkahwin dengan lelaki yang baik, nescaya ia akan membawa si isteri kepada kebahagiaan. Sebaliknya jika ia

Kenapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara har

my nEW LifE… bEGin~!

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, hari Isnin lepas (16August2010), Ain selamat sudah sampai di tempat baru. Dgn semangat,azam baru, insyaAllah, hidup Ain dpt ‘dielokkan’. Tidak banyak, sedikit pun jadilah. Ain sampai di Dublin International Airport jam 7.20am (waktu tempatan). setelah sampai, kami terpaksa melalui Imigration department. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada apa masalah berlaku. Selepas ambil bagasi2, kami keluar dari balai ketibaan utk dijemput oleh senior2 yg telah ditetapkan. Disebabkan rumah yg Ain stay ini jauh drpd kwn2 yg lain, Ain telah diletakkan di bawah pengawasan Senior Najib (president apa entah.. huhu ) sepanjang 2 hari Ain ‘bersama’ Senior Najib. Dengan beliaulah Ain pergi DBS, buat a/c bank, shopping & etc. Syukran ya Senior Najib. Semalam (19August2010), Alhamdulillah, Ain & kwn2 berkesempatan iftar bersama keluarga rakyat Malaysia yg menetap di sini (Kak Ina & Abg Haffis). Terima kasih atas kesudian kalian menerima kami

InshaAllah

Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That's your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can’t see which way to go Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insha Allah 3x You’ll find your way Everytime you commit one more mistake You feel you can’t repent And that its way too late You’re so confused, wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insha Allah 3x You’ll find your way Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me the way, Showed me the way 3x Insha Allah 3x Insya Allah we’ll find th

Thank You Allah

I was so far from you Yet to me you were always so close I wandered lost in the dark I closed my eyes toward the signs You put in my way I walked everyday Further and further away from you Ooooo Allah, you brought me home I thank You with every breath I take. Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah. I never thought about All the things you have given to me I never thanked you once I was too proud to see the truth And prostrate to you Until I took the first step And that’s when you opened the doors for me Now Allah, I realized what I was missing By being far from you. Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah Alhamdulillah, Elhamdulillah All praises to Allah, All praises to Allah Allah, I wanna thank

Imam Syafie (dari sahabat kpd sahabat)

‘….Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yg baik adalah seiring dgnku & menjaga nama baikku ketika aku hidup mahupun selepas aku mati. Aku hulurkan tangan kpd sahabatku utk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dalam suka & duka. Jika aku dapat, aku ingin setia kpdnya…..’ Dedicate to all my friends!

Renungan Buat Manusia Yg Perasan ‘BAGUS’

Setiap dari kita melakukan dosa atau kesilapan, itu adalah suatu fakta yang tidak dapat disangkal. Namun begitu, ada diantara kita melakukan lebih banyak dosa berbanding yang lain. Ada yang mencuri, ada yang tidak. Ada yang merokok, ada yang tidak. Ada yang melakukan suatu dosa yang berat, dan ada juga mereka yang tidak melakukannya. Disebabkan terdapatnya perbezaan tahap perbuatan dosa tersebut, maka terdapatnya ruang dan peluang untuk mereka yang tidak melakukan dosa merasakan dirinya lebih baik (daripada mereka yang melakukan dosa). Ya, artikel saya kali ini bukanlah ditujukan kepada pendosa, sebaliknya golongan yang merasakan dirinya lebih baik dari yang lain. Al-Hafiz Ibn Hajar menceritakan dalam kitab Fathul Bari bahawa Hafs bin Humaid pernah bertanya kepada Imam Ibn al-Mubarak, katanya "Aku melihat seseorang membunuh orang lain. Bolehkah aku berasa di dalam hati bahawa diriku lebih baik daripadanya?". Ibn al-Mubarak berkata, "Perasaan itu lebih berat dari

Big Day

Image
6 Jun lepas, bertambahlah lagi usia ku. Harap dgn menambahan usia ini, membuat Ain lebih matang dlm menghadapi dugaan dunia ini. TQ ayah, ibu atas 'hadiah' yg diberi. mungkin ini hadiah utk 2tahun (sbb tahun depan tak dapat sambut dgn ibu ayah). Enah happy sgt.

ISRAEL LAKNATULLAH

post ini ditulis utk meluahkan rasa BENCI di hati ini terhadap YAHUDI yg semakin hari semakin kejam terhadap seluruh dunia amnya, terhadap ISLAM khususnya. ini kita dpt lihat dr serangan yg mereka lancarkan atas kapal aktivis yg hanya membawa muatan makanan dan ubatan yg ingin dihantar ke GAZA. alasan yg mereka berikan mengapa serangan itu dilancarkan, SUNGGUH TIDAK MASUK AKAL. ini hanya fitnah semata2, hanya utk 'menghalalkan' apa yg telah mereka lakukan. pd waktu ini (11pm, 1jun2010) telah seramai 19 org terbunuh, 30 yg lain cedera. marilah kita, umat Islam khususnya, seluruh dunia amnya, bersama2 bersuara & mendesak pihak berkuasa yg berkaitan mengadili kes ini dgn seadil2nya. jgnlah kita takut kpd ISRAEL, di mana akhir zaman nnt, kemenangan tetap akn berpihak pd kita, ISLAM. hadiahkanlah doa, yassin kpd saudara kita yg terbunuh. & berdoalah semoga Allah mengurniakan kesejahteraan & kemudahan urusan kpd mereka yg hidup.

my 2nd umrah (13/3/2010-22/3/2010)

Image
13 Mac hingga 22 Mac 2010, selamat sudah Ain & family (exception for Uda & Boboy) mengerjakan umrah. segalanya berjalan lancar. cuma ada beberapa eksiden yg menggang-gugat kehidupan Ain di sana. overall, OK. Madinah skrg sedang dibangunkan (ada beberapa hotel sdg didirikan). Madinah tak sesibuk Mekah. Masjid Nabawi pun sdg di'upgrade'. Raudhah still under renovation. Kelainan time Ain buat umrah yg pertama dulu, tiada 'payung' di sekeliling Masjid Nabawi. tp skrg dah ada. di sekitar Masjid Nabawi Mekah mula sedang rancak dibangunankan. terlalu byk construction sdg dijalankan. hotel penginapan time Ain buat umrah dulu telah dirobohkan (segalanya hanya tinggal kenangan). bangunan baru yg dicadang utk dibangunankan sgt2 mewah rupanya. tp bangunan di Mekah terlalu rapat diantara mereka (rasa mcm kurang selamat). disbbkan construction yg sdg dijalankan, Mekah dipenuhi dgn debu, habuk batu. disbbkan construction yg kurang diselanggara (safety, HAMPEH), telah ber

ya Allah, pegangilah aku

Ya Allah, pegangi hatiku agar ku tak jadi melanggar. melanggar hukumMu. yg haram tetap haram. pegangi hatiku agar ku tetap dgn hukumMu. jauhkan hati ku dari anasir2 yg boleh menjauhkan aku dr Mu. jauhkan aku dr anasir2 yg boleh menghijabku dr menerima taufiq dan hidayah Mu. jauhkan aku dr perkara2 yg boleh membatalkan iman ku terhadap Mu. kuatkan iman ku, agar aku kuat utk menghadapi segala ujian, godaan dan dugaan dunia yg sementara ini. amiin! aku bukan nabi, yg bisa sempurna, ku tak luput dr dosa sifat manusia ada pd ku, aku bukan tuhan

inikah kemanisan yg Kau pendamkan selama ini?

Assalamualaikum... 1st of all, I wanna say Alhamdulillah to Allah for everysinglethings that He's give me. Alhamdulillah, akhirnya Dia beri Ain ke'manis'an selepas ke'pahit'an yg diberi selama ini. Inilah dinamakan dalam hujan, ada pelangi yang menanti. Ibu, Ayah, Emak....... this is present from me ( Enah ) for all of you.. terima kasih atas kegala kasih sayang, & segalanya yg telah kalian berikan pd Enah. Kebahagiaan pd thn ini berganda2 kerana pd 13 Mac ini (insyaAllah), Ain sekeluarga except Uda & Boboy akn mengerjakan umrah. Ya Allah, terima kami sebagai tetamu Mu.. Ya Rasulullah, kami dtg menziarah mu. Aku rindu pd mu, ya habib Allah..

Haramkah?

Haram-haramkah aku Bila hatiku jatuh cinta Tuhan pengangi hatiku Biar aku tak jadi melanggar Aku cinta pada dirinya Cinta pada pandang pertama Sifat manusia ada padaku Aku bukan Tuhan Haram-haramkah aku Bila aku terus menantinya Biar waktu berakhir Bumi dan langit berantakan Aku tetap ingin dirinya Tak mungkin aku berdusta Hanya Tuhan yang bisa jadikan Yang tak mungkin menjadi mungkin Aku hanya ingin cinta yang halal Di mata dunia juga akhirat Biar aku sepi, aku hampa, aku basi Tuhan sayang aku Aku hanya ingin cinta yang halal Dengan dia tentu atas izinNya Ketika cinta bertasbih Tuhan beri aku cinta Ku menanti cinta this song dedicated to me by Nursyahida bt Abdul Rashid (aka Uda)

KETIKA CINTA BERTASBIH

bertuturlah cinta mengucap satu nama seindah goresan sabdaMu dalam kitabku cinta yang bertasbih mengutus hati ini ku sandarkan hidup dan mati ku padaMu bisikan doaku dalam butiran tasbih ku panjatkan cintaku padaMU Maha cinta sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit ketika cinta bertasbih nadi ku berdengut merdu kembang kempis dada ku merangkai butir cinta garis tangan tergambar tak bisa aku menentang sujud syukur padaMU atas segala cinta tadi tertengok HALAQAH di TV9. Tajuknya menarik-"ISTERI IDAMAN HATI". so, at least adalah input dan mengajaran utk Ain mem'bentuk' diri sendiri utk menjadi Isteri Idaman Hati buat suami Ain in future, insyaAllah. hahhah:) walaupun nampak mcm jiwang, tp Ain percaya, semua wanita mahu menjadi isteri idaman di hati suami2 mereka. Dan semestinya Ain tak terkecuali. sebenarnya panel kali ini membahaskan mengenai penceraian (adakah khusus buat 'si dia'?). panel mengatakan

Kemangkatan Sultan Johor

Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Johor Darul Ta'zim, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi atas kemangkatan baginda. Sebagai rakyat Johor khususnya, saya tetap bersedih atas kemangkatan Almarhum walaupun kami tidak pernah bersua. Walaupun hanya melalui kawasan istana (pandang dari luar sahaja), perasaan kasih sebagai seorang rakyat kepada pemerintah tetap tersemat di dalam hati kecil ini. Terima kasih saya & keluarga ingin ucapkan kepada Almarhum atas segala macam yang telah Tuanku berikan kepada kami sekeluarga khususnya, rakyat Johor amnya. Atas kemangkatan ini, saya mendoakan agar Tuanku selamat dan dipermudahkan urusan menuju Pencipta. Akhir kata, rafak takziah dari saya sekeluarga buat kerabat2 Diraja Johor.

ingin pergi dgn tenang

Dah seminggu Ain masuk kelas balik.Alhamdulillah,semuanya berjalan dgn lancar.sem ni insyaAllah Ain akan ambil exam F8 dan P2.itu pun kalau semuanya berjalan lancar.harap2 begitu la.F8 dgn Puan Siti Maznah & Miss Hazlina.P2 dgn Prof.Madya Dr Huang Chin Choo. Ain harap tahun ni akan jadi tahun yg baik utk Ain berbanding tahun lepas.insyaAllah bulan Mac ni Ain akn pergi bertemu dgn 'NYA' lagi,insyaAllah.harap semuanya dipermudahkan Allah. Di sini juga,Ain ingin mengambil kesempatan utk memohon ampun & maaf pada semua kwn2 Ain.sekiranya sepanjang berkenalan kita,ada yg tersinggung hatinya disebabkan kata2,perilaku Ain,Ain dgn sepenuh hati ingin mohon kemaafan itu.pd siapa2 yg rasa dosa Ain ni terlalu besar utk dimaafkan,sila msg Ain.harap segalanya sempat diselesaikan sebelum Ain dijemput Ilahi.Ain bukan nabi,yg maksum.Ain hanya manusia biasa yg tak terlepas dr melakukan khilaf.harap kwn2 dpt menerima diri Ain ini seadanya.sekian~

salahkah aku memilih?

Salam 'alaik rasanya belum terlambat utk Ain ucapkan selamat thn baru masihi buat kawan2 yg Ain cinta. masa berlalu tanpa kita sedar.insyaAllah,kalau dipanjangkan umur olehNya,dpt la Ain sambut ulang tahun yg ke24 tahun ni.haha:) dah dewasakah aku??insyaAllah,akan Ain mahirkan diri ini dgn ilmu2 rumah tangga utk kebaikan masa akn dtg.tp pasal urusan rumah tangga tu,biarlah ayh menjalankan tanggungjawabnya.kalau ayh rasa ayh memerlukan menantu,ye sila carikan calon untuk anakmu ini. tp salahkah Ain memilih?bukan yg hartawan,bukan yg rupawan,bukan kedudukan yg Ain pandangkan.cukup la sekadar seorg lelaki yg boleh menerima keluarga Ain seadanya.yg boleh menjadi imam ketika Ain dijemput Ilahi.yg boleh menguruskan jenazah ayh bila dia pergi(mandi & sambutnya di liang lahad nnt).yg boleh menjadi anak lelaki buat ibu ayh Ain (mereka hanya punya seorg ank lelaki).yg boleh menguruskan family bila Ain tiada lagi.salah ke Ain memilih dlm urusan Ain yg satu ini? memang susah nak menc

CURANG

written by AbdHalim Ahmad ku akui ku pencinta sejati ku berjanji yang Kau selalu ku sayangi namun Kasih selalu ku bohongi betapa malunya aku menghadapMu mencariMu hanya bila ku rindu mula bersujud hanya bila ku perlu namun bila Kau beri ku cinta panggilanMu tak pernah aku dengar angkunhnya ku pada kejadianMu merasakan dunia lama milik ku kan kelukah lidah bersyahadahkan cinta? bila nafas di hujung nyawa curangnya ku di setiap nafasku melupakan aku hanya milikMu jauhkah syurga dari pandangan kifarah dosa kini (sakit) ku rasakan